Friday 19 August 2011

Definisi n Sejarah Mok Yong

Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan.
Timbul perkataan Mak Yong ini berasal dari cerita tentang anak raja. Ada seorang Raja Siam kemudiannya berkahwin. Hasil perkahwinannya dengan permaisuri Baginda di kurniakan seorang Puteri, Puterinya itu sukakan anjing.Lalu kemudiannya Raja tersebut memberikan patung anjing untuk di buat permainan. Setelah permaisuri itu besar dia tidak lagi sukakan pada patung anjing yang di hadiahkan oleh Ayahandanya itu, malahan ia mahukan anjing yang benar ( hidup ). Kehendaknya diikuti oleh ayahandanya it, tidak berapa lama  kemudian terdengar khabar Puteri itu hamil dan mengikut cerita kehamilan Puteri itu adalah hasil perbuatan sumbang Puteri dengan anjing tersebut. Setelah  peristiwa itu, diketahui oleh Sultan, Baginda menitahkan agar anjing itu dibunuh.
Setelah dibunuh anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri dapat tahu dimana anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri itu menggali semula kubur anjing itu dan mengambilnya semula rangka anjing itu. Oleh kerana terlalu kasihan pada Puterinya maka Raja kemudiannya menbuat  satuu alat bunyian daripada kepala anjing itu untuk menghiburkan hati anaknya. Alat itu kemudiannya dipanggil Rebab. Alat inoi merupakan alat yang paling penting dalam permainan Mak Yong.
Puteri itu amat gembira memperolehi alat itu. Semasa alat bunyian dibunyikan  ia diiringi oleh penyanyi dan tarian dayang-dayangnya. Maka dari sinilah bermulanya apa yang di panggil Mak Yong iaitu permainan yang melibatkan tarian dan nyanyian oleh dayang-dayang istana. Barangkali permainan ini berkembang ke Kelantan dan ini tidaklah menghairankan kerana kelantan amat dekat dengan Siam. Cerita ini mungkin terjadi di istana Raja melayu di Pattani memandangkan di sana juga ada permainan Mak Yong Sejas dahulu lagi.
Selain itu, ada pendapat mengatakan Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri  dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan main Mak Yong.
Wersi lain pula mengatakan bahawa Mak Yong wujud dari unsure Magis dan ritual sebagaimana yang terdapat dalam upacara-upacara tertentu seperti pada zaman animisme. Antara upacara itu adalah memuja mak Hiang atau semangat ibu yang sentiasa menjaga semangat padi dan pemujaan ini kemudiannya berubah menjadi permainan Mak Yong.
Selain itu juga, ada pendaapat pula yang menyatakan bahawa Mak Yong ini berasal dari perlakuan 3 orang anak-baranak iaitu Paak Yong, yang bernama Cik Mubin, Mak Yong dann anaknya Awang. Pada suatu hari rebut melanda, Cik Mubin, Mak Yong dan Awang berada di bawah pokok besar. Pada masa itu daun-daun kering dan ranting-ranting rapuh jatuh berguguran kearah mereka anak-beranak. Cik Mubin atau Pak Yong cuba menahan ranting-ranting tadi dari menimpa ke atas mereka anak-beranak. Telatah 3 beranak itulah yang mewujudkan permainan Mak yong.

Struktur dalam cerita Mak Yong
   Cerita Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri dan bentuknya. Walaupun cerita berbeza sekalipun strukturnya adalah sama.
Diantara Strukturnya ialah;
1.   Bertabuh
2.   Mengadap rebab         
Setiap cerita akan bermula dengan upacara mengadap rebab. Watak-watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelaron-pelakon akan membuat gerak tari jari dan bahu kemudian badan sambil menyanyi. Akhirnya  mereka bangun secara perlan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis menyanyi solo. Mereka kemudiannya mengelilingi pentas dan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian ini hádala sedayong Mak Yong.
3.   Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4.   Pak Yong Muda atau Puteri  Mak Yong akan menyanyi.
5.   Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6.   Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7.   Dialog
8.   Nyanyian Peran
9.   Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10.   Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11.   Dialog
12.   Nyanyian Peran
13.   Dialog
14.   Nyanyian Peran
15.   Dialog
16.   Lagu barat cepat
17.   Dialog Peran 1 dan 2
18.   Lagu Tok wak
19.   Dialog Pak Yong
20.   Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan di persembahkan.

Alat Muzik dalam permainan Mak Yong
   Muzik merupakan unsure penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik.
   Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
-   Rebab
-   Gendang ibu dan anak
-   Geduk ibu dan anak
-   Gong ibu dan anak
-   Serunai
-   Gedombak ibu dan anak
-   Canang
-   Kesi

Biasanya  kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
-   Rebab
-   Gendang ibu dan anak
-   Sepasang gong ibu dan anak
-   Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk  akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.
Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi,  gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.

Tetawak atau gong
   Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu  yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.

Gendang
   Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.

Canang
   Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau  tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.

Kesi
   Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari  besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.

Serunai
   Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat  dari bahan-bahan  yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

Rebab
   Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan ‘’  susu ‘’ atau ‘’ tetek ‘’. Fungsinya ahíla untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi  sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya  suara pemain Mak Yong menyanyi.

Pakaian pelakon Mak yong
   Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong Muda diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walaupun untuk apa cerita sekalipun. Pakaian Mak Yong Muda hádala sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari balde khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
   Seabab  yang lalu, Mak  Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patán dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning  dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.
   Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. ‘’ Lai ‘’- atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya ingá hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
   Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
   Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ahíla watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.
   Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.
Tempat pertunjukan
   Kerana persembahan Mak yong dikhaskan untuk hiburan di raja maka cerita-cerita Mak Yong dimainkan sekitar istana sahaja. Setelah ia menjadi lebih popular dan keluar dari istana barulah Mak Yong dipersembahkan untuk tontonan rakyat biasa.

Watak-watak dalam Mak yong
   Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong:-

Pak Yong
   Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong

Pak Yong Muda
   Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda.

Mak Yong
   Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

Puteri Mak Yong
   Sebagai heroin dalam cerita Mak Yong

Peran
   Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.

Dayang-Dayang
   Terdiri daripada Gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.

   Selain daripada watak-watak yang tersebut dii atas, watak-watak jahat ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik di atas…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.